Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata beliau yakin permohonan Finland dan Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara NATO akan diteruskan walaupun mendapat bantahan daripada Turki.<br /><br />Blinken juga yakin dapat menyelesaikan proses ini dengan pantas kerana terdapat konsensus yang sangat kuat dalam NATO untuk kemasukan Finland dan Sweden.
